Pakar Kecergasan Watford, Angel Aceña Rodríguez Sertai Kem JDT
Dunia
Ángel Aceña Rodriguez
Advertisements

Bekas jurulatih kecergasan kelab Liga Perdana Inggeris, Watford FC, Angel Aceña Rodríguez menyertai regim baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal dikendalikan Ketua Jurulatih baru, Esteban Solari bermula musim baru 2023.

Beliau yang memiliki pendidikan Master berkaitan pendidikan kecergasan dari Health Sciences Institute, Castile-La Mancha kelihatan teruja dengan cabaran baru yang bakal beliau tempuhi bersama JDT.

“Cabaran baru sedang menghampiri. Selamat datang 2023, tidak sabar untuk memulakan musim baharu bersama JDT,” ujar Angel di Twitter @acea_ngel.

Advertisements

Beliau sebelum ini memiliki pengalaman luas sebagai jurulatih kecergasan di beberapa negara seperti Sepanyol, England, Costa Rica dan Qatar selain memiliki kajian sendiri berkaitan dunia kecergasan di Health Sciences Institute, Castile-La Mancha.

Sementara itu, menerusi tinjauan yang dibuat di Twitter, rakan-rakannya dari Sepanyol dan beberapa negara lain mengucapkan tahniah atas cabaran baru beliau bersama JDT dan ingin terus melihat Angel terus maju dalam bidang ini.

Beliau turut dilihat aktif membuat analisis berkaitan kecergasan pemain bola sepak seluruh dunia dan berkongsi pengetahuannya berkaitan hal tersebut di Twitter selain turut memiliki pengikut yang ramai di Twitter.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram