Annil Vigneswaran Terima Peluang Terakhir
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain bawah 23 tahun negara, Annil Vigneswaran perlu membuktikan kemampuan diri beliau apabila dipanggil memperkuat barisan skuad muda negara menjelang Piala Asia Bawah 23 tahun tidak lama lagi.

Annil antara pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Juan Torres Garrido bagi membawa cabaran negara ke kejohanan tersebut yang bakal membuka tirai pada April.

Menurut Juan Torres, pemain SV Waldhof Mannheim itu layak untuk diberikan peluang memandangkan skuad muda negara kini mempunyai jumlah pemain yang terhad di barisan pertahanan.

Advertisements

”Annil adalah seorang pemain yang kami rasa layak untuk diberi peluang kerana kita kekurangan pemain di posisi pertahanan tengah,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM.

Tambahnya lagi, barisan kejurulatihan akan tetap menguji dan menilai pemain berusia 21 tahun itu dan beliau perlu membuktikan potensi beliau ketika sesi latihan dan perlawanan persahabatan nanti.

“Ianya adalah sesuatu yang bagus untuk menguji beliau serta memberikan beliau peluang dan kita akan nilai pada minggu ini untuk beliau buktikan kemampuan beliau,” tegas jurulatih kelahiran Sepanyol itu.

Advertisements

Skuad bawah 23 tahun negara dijadualkan menghadapi India dalam dua aksi persahabatan pada 22 Mac dan 25 Mac di Kuala Lumpur selain China dan Qatar di Doha nanti.

Kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun bakal membuka tirai pada 15 April dengan Uzbekistan akan menjadi lawan pertama skuad Harimau Muda pada 17 April kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram