Dunia
Advertisements

Ahli Parlimen Ketereh yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, YAB Tan Sri Annuar Musa memberikan bayangan bahawa berkemungkinan bakal terdapat sebuah pasukan bola sepak baharu lebih tepat di WP Putrajaya bakal bertanding di Liga M pada musim depan.

Menerusi laman media sosialnya di Twitter, beliau mengeluarkan sebuah ciapan berbunyi, “Mungkin WP Putrajaya bakal mempunyai pasukan bola sepak sendiri dan bersaing di Liga Malaysia musim hadapan.”

Ciapan Menteri Wilayah Persekutuan

Namun ciapan tersebut mendapat kecaman daripada netizen di twitter. Ramai meluahkan perasaan tidak puas hati di ruangan komen malah mempersoalkan ‘common sense’ terhadap rakyat yang bakal menghadapi Perintah Pergerakan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 14 Oktober nanti.

Advertisements
Beberapa komen daripada netizen yang meluahkan perasaan tidak puas hati dengan ciapan beliau

Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa pernah menerajui kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan dianggap ‘wira’ bola sepak Kelantan kerana berjaya menyumbang pelbagai kejayaan semasa menjadi presiden KAFA selama lapan tahun (2008-2016) termasuk membawa Kelantan menjulang kejuaraan ‘treble’ pada tahun 2012.

Pesawat MAS MALAYSIA 39 Annuar Musa Mahu Tubuhkan Putrajaya FC
Annuar Musa semasa menjadi Presiden KAFA

Namun persoalannya, adakah beliau bergurau atau serius untuk menubuhkan pasukan bola sepak di WP Putrajaya?

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram