Anthony Martial Tinggalkan Manchester United
Transfer
transfers
Advertisements

Wartawan Italy, Fabrizio Romano mengesahkan penyerang prolifik Manchester United, Anthony Martial meninggalkan pasukan berkenaan untuk ke Sepanyol.

Kedua-dua kelab dikhabarkan telahpun bersetuju dengan perjanjian pinjaman ini dan Sevilla akan membayar gaji Anthony Martial sehingga Jun 2022.

Pemain dengan tangga gaji antara yang termahal di Manchester United ini kerap kali mengundang kemarahan penyokong Manchester United dengan aksi tidak konsistennya sebelum ini.

Advertisements

Martial menyertai United pada tahun 2015 dan beraksi sebanyak 175 perlawanan dan berjaya menjaringkan 56 gol disemua kejohanan.

Menurut Fabrizio juga, Martial akan terbang ke Sevilla pada hari yang sama selepas beberapa hari membantu Manchester United membenam West Ham di Old Trafford.

Sebelum ini berlaku sedikit salah faham di antara Martial dan pengurus sementara United, Ralf Rangnick yang mendakwa Martial tidak mahu beraksi namun pemain berumur 27 tahun tersebut menyangkal dakwaan tersebut di Instagramnya.

Advertisements

Ralf Rangnick sebelum ini turut menjelaskan kepada media bahawa para pemain akan menghormati kelab dan pemain boleh berpindah jika tidak gembira beraksi bersama kelab kendaliannya ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram