Antony Digugurkan Daripada Skuad Brazil
Dunia
Antony Santos
Advertisements

Pemain sayap Manchester United, Antony digugurkan daripada skuad kebangsaan Brazil susulan dakwaan terbaru mengatakan beliau telah mencederakan bekas teman wanitanya.

Bekas teman wanita beliau, Gabriela Cavallin mendakwa Antony mengugut bakal mencederakannya semasa hamil dan merosakkan implan payu daranya. Selain itu, Cavallin juga mendakwa bekas penyerang Ajax Amsterdam itu memotong jarinya dengan kaca.

Susulan semua dakwaan terbaru ini, Brazil memutuskan untuk menggugurkan Antony dan memanggil penyerang Arsenal, Gabriel Jesus sebagai pengganti. Selecao bakal berdepan Bolivia dan Peru untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

“Bagi melindungi mangsa, pemain, pasukan kebangsaan Brazil dan CBF (Konfederasi Bola Sepak Brazil), organisasi telah menyatakan Antony telah digugurkan daripada skuad kebangsaan Brazil,” kata pihak pengurusan CBF seperti yang dikongsikan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Antony sebelum itu telah menafikan semua dakwaan terbaru yang dikemukakan Cavallin. “Saya dengan yakin menyatakan semua dakwaan yang dikatakan itu palsu.

“Hubungan saya dengan Cik Gabriela (Cavallin) memang bergelora dengan kata-kata kesat dikeluarkan daripada kedua-dua pihak tetapi saya tak pernah berlaku ganas. Saya percaya siasatan polis yang berterusan akan membuktikan kebenaran bahawa saya tak bersalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Yang pasti, kontroversi ini dijangka akan memberi tekanan kepada Manchester United untuk melakukan tindakan sama seperti yang berlaku dalam kes Mason Greenwood. Greenwood sebelum ini digantung 18 bulan oleh kelab selepas didakwa atas cubaan rogol dan mencederakan wanita.

Walaupun dibebaskan daripada dakwaan tersebut, nama penyerang muda England itu terlalu toksik untuk dikaitkan dengan Manchester United. Lantas, Greenwood dipinjamkan ke Getafe selama semusim.

Sekiranya Antony digantung oleh pengurusan kelab, ini dijangka menimbulkan pertelagahan antara pengurusan The Red Devils dengan pengurus Erik ten Hag.

Advertisements

Biarpun masih dianggap pemain pilihan ten Hag, perkara terakhir yang dimahukan pengurusan ialah ulangan kes Greenwood kembali menghantui mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram