Dunia
Advertisements

Setelah berhabis lebih £200 juta pada awal musim 2020/2021, Frank Lampard telah dipecat atas prestasi merudum Chelsea pada awal musim. Walaupun Lampard dikenang sebagai legenda Chelsea, itu tidak bermakna beliau mendapat layanan khas daripada pemilik Chelsea, Roman Abramovich.

Pengganti Lampard adalah bekas pengurus Dortmund dan PSG, iaitu Thomas Tuchel. Jadi apakah beza dua pengurus ini? Adakah Tuchel orang yang tepat menggantikan Lampard?

Latar Belakang Sebagai Pengurus

Advertisements

Sebelum dilantik menjadi pengurus Chelsea, Lampard telah menjadi pengurus Derby County selama semusim dan berjaya merekodkan 24 kemenangan, 17 seri dan 16 kekalahan dalam kesemua 57 perlawanan. Derby County berjaya menduduki tangga ke-6 liga pada akhir musim.

Bersama Chelsea, Lampard membawa Chelsea menduduki tangga ke-4 liga pada musim pertamanya. Lampard masih lagi belum memenangi sebarang piala sebagai seorang pengurus.

Bagi Thomas Tuchel, beliau berjaya menjuarai DFB-Pokal 2016/2017 bersama Dortmund dan selepas dilantik sebagai pengurus PSG, Tuchel menjuarai Ligue 1 dua musim berturut-turut selain berjaya membawa PSG menjadi naib johan dalam Liga Juara-Juara Eropah. Tuchel juga telah menjadi pengurus Mainz dan Stuttgart sebelum ke Dortmund.

Advertisements

Dapat dilihat pengalaman Tuchel sebagai pengurus lebih banyak berbanding Lampard yang baru menjadi pengurus pada musim 2018/2019.

Apa Perbezaan Antara Tuchel dan Lampard di Chelsea?
Pemilik Chelsea, Abramovich dikenali dengan sikapnya memecat pengurus

Taktikal Bersama Chelsea

Frank Lampard menggunakan asas 4 pertahanan sebagai pengurus di Chelsea. Pada musim 2019/2020, Lampard banyak menggunakan formasi 4-2-3-1 dan selepas kehadiran ramai muka baharu, Lampard banyak merubah taktikalnya dari 4-2-3-1 sehingga 4-2-2-2. Keputusan yang tidak memberangsangkan pada awal musim antara faktor pertukaran taktikal yang kerap dek kerana tekanan dari Abramovich.

Advertisements

Tuchel pula menggunakan sistem bek bertiga di Chelsea dengan formasi 3-4-1-2 atau 3-4-2-1. Ini amat berbeza sewaktu Tuchel berada di PSG dimana beliau menggunakan formasi 4-3-3. Namun keputusan positif Chelsea ketika ini membuktikan Tuchel sememangnya pakar dalam taktikal.

Situasi di Chelsea

Ketika Lampard dilantik menggantikan Sarri, Chelsea ketika itu dihukum sekatan perpindahan selama semusim. Hanya pada musim 2020/2021 saja Chelsea dibenarkan membeli pemain. Walaupun begitu, Lampard masih berjaya membawa Chelsea ke tangga ke-4 Premier League dengan menggunakan pemain akademi Chelsea seperti Callum Hodson-Odoi, Mason Mount, Fikayo Tomori, Tammy Abraham dan beberapa lagi pemain.

Advertisements

Namun entah dimana silapnya, walaupun sudah berbelanja besar prestasi Chelsea musim ini lebih teruk berbanding musim lalu.

Bagi Tuchel pula, beliau dilantik dipertengahan musim dimana beliau menggunakan pemain sedia ada Frank Lampard. Walaupun sudah tidak dikenakan sekatan perpindahan, kedatangan Tuchel pada lewat januari membuatkan beliau terlepas untuk membei pemain baharu.

Tuchel menjadi pengurus baharu Chelsea pada akhir Januari 2021

Perubahan pemain utama

Agak mengejutkan beberapa pemain yang disisihkan Lampard kembali menjadi kesebelasan utama Chelsea di bawah Tuchel.

Antaranya ialah penjaga gol Chelsea, Kepa Arrrizabalaga. Prestasi merudum beliau membuatkan lampard membawa seorang penjaga gol baharu, Mendy yang hampir menggantikan posisi penjaga gol utama Chelsea. Dibawah Tuchel, Kepa penjadi pilihan utama.

Selain itu, Lampard kerap menggunakan Kurt Zouma berbanding Antonio Rudiger sebagai pertahanan tengah. Ada sumber mengatakan bahawa Rudiger pemain yang berjaya memujuk Timo Werner dan Kai Havertz untuk ke Chelsea namun Rudiger kerap disisihkan oleh Lampard. Kini, Rudiger menjadi pemain pertahanan Chelsea dan Zouma masih belum membuat sebarang penampilan di bawah Tuchel.

Marcos Alonso juga kembali menjadi pemain utama Chelsea selepas Lampard kerap menggunakan Ben Chilwell yang dibeli dari Leicester City. Setakat ini, Chilwell kerap memanaskan bangku simpanan Chelsea.

Marcos Alonso kembali menjadi pemain utama Chelsea

Kesimpulan

Perubahan yang dibawa Tuchel ke Chelsea telah membantu meningkatkan kembali prestasi Chelsea di Pemier League malah Chelsea berjaya mengalahkan Atletico Madrid walaupun Atletico meletakkan 6 pemain pertahanan. Tuchel yang lebih berpengalaman diharap dapat memberi sekurang-kurangnya 1 piala buat skuad The Blues setelah Chelsea gagal memenangi sebarang piala musim lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram