UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memanfaatkan pengalaman yang dimiliki untuk bergelar juara Arctic Open 2023.

Advertisements

Kejayaan itu terhasil setelah menewaskan rakan senegara dan pemain nombor 10 dunia, Ng Tze Yong.

Dari segi ranking BWF, kelebihan memihak kepada anak jati Johor Bahru itu. Bagaimanapun, dari segi rekod pertemuan, kelebihan itu dimiliki oleh Zii Jia.

Advertisements

Set pertama menyaksikan dominasi anak jati Alor Setar, Kedah itu dengan beliau mendahului pada kedudukan 7-3.

Biarpun Tze Yong berjaya merapatkan kedudukan pada kedudukan 9-8, itu tidak cukup menghalang Zii Jia meraih kemenangan 21-14.

Advertisements

Keyakinan pemain profesional negara itu makin terserlah apabila meninggalkan Tze Yong jauh di belakang pada kedudukan 9-3.

Biarpun pemain muda berusia 23 tahun itu cuba memberi tentangan, Zii Jia tenang memenangi set kedua dengan keputusan 21-16.

Kejayaan ini menamatkan penantian beliau untuk gelaran juara kejohanan BWF untuk tahun 2023. Kini, fokus beliau beralih pula kepada Terbuka Denmark yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram