Argentina Bawa Pulang RM185 Juta
Piala Dunia
Ben Jacobs
Advertisements

Semalam, Argentina mengakhiri kemarau 36 tahun Piala Dunia mereka dengan menjulang trofi berprestij itu buat kali ketiga. Ini selepas Albiceleste menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 selepas perlawanan penuh dan masa tambahan.

Kejayaan ini turut melayakkan Argentina mendapat hadiah wang Piala Dunia berjumlah AS$42 juta (RM185 juta). Ia merupakan sebahagian daripada wang hadiah FIFA berjumlah AS$440 juta (RM1.9 bilion) yang diraih daripada penganjuran kejohanan tersebut. Setiap negara yang layak ke Piala Dunia 2022 akan mendapat wang mengikut peringkat mana mereka tersingkir dari kejohanan.

Disebabkan Perancis mara ke final, mereka layak mendapat hadiah wang berjumlah AS$38 juta (RM168 juta). Walaupun hadiah tersebut amat lumayan, ia masih tidak mampu mengubati kekecewaan anak-anak buah Didier Deschamps yang berhempas-pulas mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Sementara Croatia dan Maghribi pula masing-masing mendapat AS$27 juta (RM119 juta) dan AS$25 juta (RM110 juta).

Advertisements

Manakala pasukan-pasukan yang tersingkir di peringkat suku akhir iaitu Brazil, Belanda, Portugal dan England mendapat AS$17 juta (RM75 juta). Amerika Syarikat, Australia, Poland, Senegal, Japan, South Korea, Sepanyol dan Switzerland pula berpuas hati dengan hadiah wang berjumlah AS$14 juta (RM61 juta).

Bagi pasukan-pasukan gergasi yang tersingkir di peringkat kumpulan seperti Jerman dan Belgium, hadiah wang Piala Dunia tidak boleh menutup aib tersingkir awal dari kejohanan. Mereka menyertai tuan rumah Qatar, Ecuador, Iran, Wales, Mexico, Saudi Arabia, Tunisia, Denmark, Costa Rica, Kanada, Cameroon, Serbia, Uruguay dan Ghana menerima hadiah wang berjumlah AS$9 juta (RM40 juta).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram