Menang Bergaya, Arif Aiman Buktikan ACL Jadi Pentas Sebenar Ukur Kemampuannya
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menunjukkan sudut positif dari segi permainannya untuk terus membantu JDT melakar sejarah dalam kejohanan ACL ini.

Arif yang turun buat kali kedua dalam kesebelasan utama pasukan setelah sebelum ini turut menjadi watak penting ketika membelasah Guangzhou FC.

Beliau yang beraksi di bahagian kanan nyata memiliki ketenangan dan juga kepantasan untuk mengkucar-kacirkan barisan pertahanan Ulsan.

Advertisements

Malah, hantaran-hantaran berkualitinya untuk mencari barisan serangan yang diketuai oleh pemain import, Bergson Da Silva terus memberi kehampaan buat pasukan dari Korea itu.

Kelincahan pemain kelahiran Maran, Pahang ini juga dilihat sukar untuk digugat apabila larian-larian deras beliau gagal dibaca dengan baik sekaligus membuka ruang buatnya untuk mencari rakan sepasukan.

Arif juga beberapa kali mendapat peluang untuk melepaskan rembatan namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Ulsan Hyundai.

Advertisements

Kebolehan luar biasa beliau untuk memanfaatkan ruang kecil untuk mengatur gerak juga menjadi punca pasukan lawan seringkali kehilangan rentak permainan terbaik.

Ketika ini, JDT sedang berada pada kemuncak pretasi selepas tidak tewas dalam dua perlawanan pembukaan saingan ACL kali ini.

Harimau Selatan bakal berdepan cabaran Kawasaki Frontale pada perlawanan ketiga saingan kumpulan dalam usaha untuk memungut 3 mata penuh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram