Arif Aiman Jadi ‘Mangsa’ Aidil & Farizal
Hiburan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi menjadi mangsa gurauan pemain senior JDT, Aidil Zafuan dan Farizal Marlias.

Menerusi potongan video yang dimuat naik salah seorang pengguna di Tiktok, rakaman tersebut memperlihatkan Arif telah ditolak oleh Aidil sehingga pemain muda berbakat itu jatuh ke dalam kolam.

Kejadian tersebut berlaku ketika majlis sambutan kelahiran tonggak pertahanan JDT, Shahrul Saad.

Advertisements

Ketika Arif tiba di kediaman Shahrul, Farizal memimpin tangan Arif dan mengiringinya untuk bersalaman dengan Shahrul. Sebelum sempat Shahrul dan Arif bersalaman, Arif yang berada di hadapan Aidil telah ditolak jatuh ke dalam kolam.

Situasi tersebut telah mencuit hati ramai tetamu yang hadir. Selain Arif, Syafiq Ahmad dan Syihan turut menjadi antara mangsa Farizal dan Aidil. Rata-ratanya terhibur dan tergelak melihat rancangan yang diatur Farizal dan Aidil untuk mengenakan rakan sepasukannya.

Gurau senda sebegini tidaklah asing dalam kalangan pemain. Telatah serta gelagat antara pemain senior dan junior dalam sesebuah pasukan ini kadang kala menjadi penambah kepada keharmonian pasukan.

Advertisements

JDT kini dalam persiapan terbaik untuk berdepan pasukan Kelantan pada Jumaat, 14 Julai sebelum beraksi di pentas akhir Piala FA menentang KL City pada 22 Julai kelak di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram