Arif Aiman Kembali
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi kembali menyertai sesi latihan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi.

Sebelum ini, pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkongsi imej pemain sayap berusia 23 tahun itu menjalani proses pemulihan di Finland.

Selain itu, baginda turut mengirim hantaran Instagram Story yang berbunyi, “Selamat kembali juara (Arif Aiman).”

Screenshot 10 Arif Aiman Kembali

Ini dilihat petunjuk bahawa pemain sayap Harimau Selatan semakin cergas dan bakal kembali beraksi tidak lama lagi.

Kini, JDT mengesahkan Arif Aiman kembali menyertai sesi latihan pasukan itu menerusi siri gambar latihan yang disiarkan di platform Johor Southern Tigers.

Sebaik gambar tersebut disiarkan, ramai peminat Harimau Selatan memberi maklum balas positif di ruang komen. Antaranya seorang peminat dari Chinese Taipei bernama Patrick JDT Kitchee Chan.

Sambil menyebut nama seorang rakan, dia merasa teruja melihat Arif Aiman kembali, “Raja (Arif Aiman) sudah kembali,” komennya.

Seorang lagi peminat bernama Halim Samin menzahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana gembira melihat beliau kembali. “Alhamdulillah, AA (Arif Aiman) sudah turun padang buat latihan bersama rakan,” katanya.

Kehadiran semula Arif Aiman dijangka menambah sengat JDT untuk beberapa perlawanan penting selepas ini.

Selain baki aksi Liga Super, JDT juga fokus menghadapi separuh akhir Shopee Cup menentang Buriram United dan final Piala Malaysia menentang Kuching City FC.