Arif Aiman Kekal Konsisten Tapau Turkmenistan Ikat Tepi
Dunia
Khairul/MakanBola
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi terus memacarkan sinar buat pasukan negara apabila menampilkan aksi yang sangat cemerlang ketika menewaskan Turkmenistan.

Beliau turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk mengisi posisi pemain sayap kanan menjalankan tugas dengan cukup cemerlang.

Arif mempamerkan ketenangan dan juga kualiti individu yang cukup baik dan berada di segenap penjuru padang untuk menterjemahkan peluang-peluang terhidang.

Advertisements

Pemain kelahiran Maran, Pahang ini mencetus suasana huru-hara barisan pertahanan Turkmenistan untuk menyekat kemaraannya.

Beliau juga beberapa kali memerangkap lwan yang gagal membaca gerakannya dengan baik untuk mencipta peluang buat Malaysia.

Gerakan Arif dan Matthew Davies menjadi pencetus kepada gol pertama Harimau Malaya apabila pemain berusia 20 tahun ini bertindak cemerlang untuk menyelinap masuk ke dalam kotak penalti.

Advertisements

Beliau berjaya melepaskan satu hantaran bamun ditempis keluar oleh Orazmuhammedov Mammet sebelum Safawi Rasid melepaskan rembatan kencang untuk menjaringkan gol pendahuluan.

Tindakan bijak beliau untuk membuat larian telah menjadi pencetus kepada gol ketiga negara apabila larian deras Corbin Ong membawa kepada rembatan beliau yang terbias untuk gol ketiga negara.

Beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua untuk memberi ruang kepada rakan sepasukan, Mohamadou Sumareh beraksi.

Advertisements

Impak yang ditinggalkan oleh Arif amat besar tatkala Malaysia sedikit kurang mengancam untuk melancarkan serangan selepas itu.

Malaysia mencatat kemenangan pertama dalam aksi pembukaan ini sebelum berdepan tugas getir menentang Bahrain, Sabtu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram