Arkitek Jepun Hampiri Negeri Sembilan
Transfer
Ehime FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC dijangka akan memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk perancang tengah dari negara matahari terbit, Jepun.

Melalui satu pendedahan di laman Youtube Ultra Jang TV, salah seorang panel iaitu Isaac telah memberi gambaran bahawa pemain import baru Negeri Sembilan dikenali dengan nama Sasaki.

Isaac walau bagaimanapun masih merahsiakan identiti penuh pemain berkenaan yang dikatakan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Jepun bawah 19 tahun.

Advertisements

“Sebelum ni, dia main J3. Masih muda berusia 25 tahun dan pernah beraksi untuk skuad kebangsaan Jepun Bawah 19 tahun,” dedah Isaac di laman Youtube Ultra Jang TV.

Selepas penilitian dan pencarian dibuat, pemain yang dimaksudkan adalah Takumi Sasaki. Pemain tengah menyerang yang merupakan produk akademi Vegalta Sendai.

Beraksi bersama Ehime FC di saingan J3 musim lalu, Sasaki telah diturunkan dalam 22 perlawanan dengan dua jaringan berjaya direkodkan.

Advertisements

Kehadiran pemain Jepun ke Negeri Sembilan bukanlah satu perkara yang baharu kerana sebelum ini, Negeri Sembilan telah memperkenalkan Bruno Suzuki sebagai pemain Jepun pertama yang pernah ditandatangani.

Selain Takumi Sasaki, bekas pemain sayap Kelantan FC, Ikhwan Yazek juga disebut-sebut akan ke Negeri Sembilan bagi menghadapi saingan musim baharu Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram