Arsenal Buru Vinicius Jr
MakanBola
Real Madrid CF

Penyerang Real Madrid, Vinicius Jr dilaporkan berada dalam radar juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal.

Talksport melaporkan perkara ini berlaku kerana Los Blancos semakin hampir mendapatkan pemain sayap Ivory Coast, Yan Diomande.

Meskipun tawaran awal kelab gergasi Sepanyol itu ditolak kelab Diomande, RB Leipzig, Real Madrid tetap yakin dapat memuktamadkan perjanjian tersebut.

Lebih menarik, bekas pemain Leganes itu dan Vinicius Jr berkongsi agensi yang sama. Justeru, Diomande dilihat sebagai pengganti bintang Brazil itu.

Situasi Vinicius Jr tidak dibantu dengan isu pembaharuan kontrak yang masih gagal diselesaikan. Bintang Brazil itu masih memiliki baki kontrak sehingga 2027 dan Real Madrid tidak mahu melihat beliau meninggalkan kelab secara percuma.

Atas sebab itu, pengurusan kelab gergasi LaLiga itu melihat ini masa terbaik untuk menjual Vinicius Jr sementara beliau masih memiliki nilai terbaik di pasaran perpindahan.

Meskipun begitu, isu gaji dijangka menjadi halangan utama buat mana-mana kelab termasuk Arsenal. Selain The Gunners, Liverpool juga ditawarkan peluang sama untuk membeli Vinicius Jr tetapi ditolak kelab Merseyside itu.

Sebelum ini, Vinicius Jr pernah berada dalam radar kelab Al-Ahli. Meskipun ditawarkan dengan gaji dan yuran perpindahan lumayan, beliau menolak perpindahan tersebut kerana masih setia dengan Real Madrid.

Vinicius Jr berharap dapat kekal di Bernabeu lebih-lebih lagi dengan kelab kini dibimbing pengurus legenda Portugal, Jose Mourinho.