Ads
Vinicius Junior Ditawar RM4.87 Bilion Beraksi Di Arab Saudi
Transfer
Real Madrid CF

Saudi Pro League (SPL) dilaporkan bersedia menawarkan tawaran gaji berjumlah €1 bilion (RM4.87 bilion) setahun untuk membawa Vinicius Junior beraksi di Arab Saudi.

Advertisements

Portal berita Brazil, Globo melaporkan ini sebahagian daripada usaha para eksekutif SPL untuk menarik tonggak import yang lebih muda untuk mewarnai saingan liga berkenaan.

Advertisements

Sejak menyertai Real Madrid dari Flamengo pada 2018, beliau menjadi tonggak utama pasukan itu di bahagian sayap. Vinicius telah merekodkan 264 penampilan, 83 gol dan 75 bantuan gol untuk Los Blancos.

Advertisements
Advertisements

Tempoh tersebut menyaksikan Vinicius bergelar juara La Liga, Copa del Rey, Supercopa de Espana, Liga Juara-Juara UEFA (UCL), Piala Super UEFA dan Kejohanan Kelab Dunia FIFA.

Hal ini mendorong Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) membuat tawaran lisan berjumlah €1 bilion (RM4.8 bilion) dan kontrak selama lima tahun kepada ejen penyerang Brazil itu. Sekiranya Vinicius bersetuju, beliau akan menyertai kelab Al-Ahli.

Advertisements

Al-Ahli dibarisi beberapa bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Edouard Mendy, Roberto Firmino dan Riyad Mahrez.

Tawaran tersebut dilihat 13 kali ganda lebih mahal daripada gaji €200 juta (RM973 juta) setahun yang diterima legenda Portugal, Cristiano Ronaldo di Al-Nassr. Al-Nassr dan Al-Ahli dimiliki pemilik yang sama iaitu PIF.

Tidak seperti Vinicius, Ronaldo hanya memiliki baki kontrak setahun dengan Al-Alami dan ia bakal berakhir pada 30 Jun 2025. Seandainya legenda Manchester United itu memilih meninggalkan Al-Nassr, SPL memerlukan wajah baru untuk mempromosikan liga berkenaan.

Walau bagaimanapun, Vinicius masih memiliki kontrak tiga tahun dengan Real Madrid. Sekiranya PIF tetap mahukan penyerang berusia 24 tahun itu, mereka perlu membayar yuran perpindahan berjumlah €1 bilion (RM4.8 bilion).

Ini sekaligus berpotensi memecahkan rekod perpindahan termahal dunia iaitu €222 juta (RM1.08 bilion) yang dicipta Paris Saint-Germain pada 2017. Tahun tersebut menyaksikan mereka mendapatkan Neymar dari Barcelona.

Sebaik spekulasi perpindahan ini timbul, jurulatih Los Blancos, Carlo Ancelotti menyifatkan spekulasi berkenaan sebagai mengarut.

“Saya boleh beri jaminan bahawa tiada asas di sebalik cerita berkenaan. Itu cuma spekulasi,” katanya dengan tegas seperti yang dilaporkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Advertisements

Sebelum ini, SPL juga dilaporkan mahu mendapatkan pemain perancang Manchester City dan Belgium, Kevin De Bruyne.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram