Ads
Kevin De Bruyne Bakal Bawa Haluan Baharu Ke Arab Saudi?
Transfer
Man City FC

Perancang tengah Man City, Kevin De Bruyne tidak menolak kemungkinan bakal membuat haluan baharu ke Arab Saudi.

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun itu muncul antara tonggak utama buat skuad bimbingan Pep Guardiola dalam meraih kejuaraan dalam beberapa musim sebelum ini termasuklah bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Advertisements

Satu ciapan daripada wartawan terkemuka dunia, Fabrizio Romano mendedahkan perbualan di antara De Bruyne dan akhbar sukan Belgium, HLN.Be mengenai hala tuju pemain tengah tersebut selepas ini.

Advertisements
Advertisements

“Saudi? Pada usia saya anda perlu terbuka kepada segala-galanya”, katanya kepada HLN.Be.

“Anda bercakap tentang jumlah wang yang luar biasa dalam peringkat terakhir kerjaya saya, anda perlu memikirkannya”.

Advertisements

“Bagi isteri saya, pengembaraan eksotik tidak mengapa. Saya perlu memikirkan masa depan saya”

Untuk rekod, De Bruyne menyertai Man City pada musim 2015/2016 dari kelab Bundesliga, Wolfsburg dan telah menjaringkan 102 gol serta 170 bantuan jaringan dalam 382 penampilan buat The Cityzens.

Hasilnya, pemain kebangsaan Belgium ini telah memenangi kesemua trofi yang dipertandingkan dengan tujuh kejuaraan EPL, dua Piala FA, enam Piala Liga, satu piala Liga Juara-Juara Eropah dan satu Piala Dunia Kelab.

Advertisements

Arab Saudi telah menjadi destinasi popular bagi ramai pemain terkenal untuk melanjutkan karier mereka seperti Cristiano Ronaldo, Sadio Mane, Karim Benzema, Ngolo Kante dan ramai lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram