Malaysia diletakkan di dalam balang dua bersama Singapura menjelang sesi undian ASEAN Hyundai Cup 2026.
Saingan ASEAN Hyundai Cup akan menjadi tumpuan peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara tahun ini selepas 10 buah negara bakal bersaing bagi merebut kejuaraan edisi 2026 ini.
Kejohanan edisi 2026 kali ini menjadi lebih istimewa apabila memasuki ulang tahun ke-30 sejak pertama kali dianjurkan pada tahun 1996, selain turut disokong oleh penaja baharu, Hyundai.
Sebanyak 9 buah negara iaitu Vietnam, Thailand, Singapura, Filipina, Malaysia, Indonesia, Laos, Kemboja serta Myanmar bakal diundi ke dalam dua kumpulan, dengan setiap satu menghimpunkan lima pasukan.
Sementara, satu lagi slot akan diisi oleh pemenang pusingan play-off antara Brunei dan Timor Leste untuk melengkapkan senarai 10 buah negara yang bakal bersaing pada edisi 2026 ini.
Menurut laman berita CNN Indonesia, Malaysia diletakkan di dalam balang 2 bersama jiran seberang tambak, Singapura sementara finalis edisi lalu, Thailand dan Vietnam berada di balang 1.
Balang 3 pula dihuni oleh Indonesia serta Filipina sementara Kemboja dan Myanmar masing-masing diletakkan di balang 4 tatkala balang terakhir menjadi milik Laos dan pemenang play-off.
Balang 3 diisi oleh Indonesia dan Filipina manakala Kemboja beserta Myanmar berada dalam balang 4 sementara balang terakhir bagi undian ini dihuni Laos bersama pemenang play-off.
Pembahagian balang ini menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski tidak akan bertemu Singapura di peringkat kumpulan, namun berpotensi diundi bersama juara bertahan, Vietnam.
Indonesia yang kini dibimbing oleh jurulatih baharu, John Herdman juga antara calon lawan yang berpotensi untuk bertemu pasukan negara seawal peringkat kumpulan nanti.
Sesi undian bakal diadakan pada Khamis, 15 Januari 2026 di Jakarta, Indonesia jam 5 petang waktu Malaysia.