Asian Games: Lee Zii Jia Ditunjuk Jalan Keluar Oleh Jaguh India
Badminton
UltraSukan
BA Malaysia/My All Sports
Advertisements

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia memberi tentangan sengit kepada jaguh India, H.S. Prannoy sebelum tersingkir dari acara perseorangan Sukan Asia 2023 hari ini.

Selepas menyingkirkan juara dunia 2023, Kunlavut Vidtisarn dari Thailand semalam, anak jati Alor Setar, Kedah itu berdepan satu lagi lawan cabaran di suku akhir iaitu Prannoy.

Advertisements

Ini kerana Prannoy merupakan pemain nombor tujuh dunia dan pemenang Malaysia Masters 2023 awal tahun ini.

Set pertama menyaksikan beberapa kesilapan mudah yang dilakukan Zii Jia memudahkan pemain India itu memenangi set pertama dengan keputusan 21-16.

Advertisements

Begitupun, kisah berbeza berlaku pada set kedua. Walaupun pada awalnya ketinggalan pada kedudukan 11-6, Zii Jia berjaya mengejar Prannoy dan mengikat kedudukan 20-20.

Biarpun cuba memberi tentangan kepada pemain nombor 16 dunia itu, Zii Jia memastikan set kedua miliknya dengan keputusan 23-21. Ini sekaligus mengheret perlawanan ke set ketiga.

Advertisements

Set ketiga menyaksikan Prannoy mula bergelut akibat kesakitan pada bahagian pinggangnya. Ini menyebabkan Zii Jia pada satu ketika mendahului pada kedudukan 20-18.

Bagaimanapun, semangat juang tinggi yang ditonjolkan Prannoy memastikan kemaraannya ke separuh akhir dengan kemenangan 22-20.

Advertisements

Biarpun tewas, semangat juang yang ditampilkan Zii Jia diharap dapat dikekalkan lebih-lebih lagi untuk mengejar mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

News Comments Account