Asnawi Mangkualam Kongsi Detik Dihubungi Alejandro Garnacho
Dunia
Tribunnews / Herudin
Advertisements

Pemain Jeonnam Dragons, Asnawi Mangkualam berkongsi detik gembira beliau bersama pemain sayap Manchester United, Alejandro Garnacho.

Dalam satu temu bual Asnawi bersama wartawan Indonesia, Najwa Shihab, pemain berusia 23 tahun itu menjelaskan beliau sempat berhubung bersama bintang muda Argentina itu di laman Instagram selepas tamat perlawanan antara Indonesia dan Argentina Isnin lalu.

“Ya dia (Garnacho) dah follow saya di Instagram. Dia DM dan minta gambar.”

Advertisements

“Pada mulanya saya post di IG Story, kemudian saya tag dia (Garnacho). Lepas itu terus dia balas, good game bro. Selepas itu dia kata, can you send me this picture?

“Saya minta dia beri emailnya dan saya terus hantar gambar tersebut. Selepas itu, dia followback saya di Instagram. Saya sebenarnya dah lama follow dia di Instagram. Salah seorang idola saya juga di Manchester United,” kata Asnawi.

Meskipun tewas, aksi bertenaga Asnawi ketika menyekat asakan dan gerakan pemain-pemain Argentina ketika aksi tempoh hari mendapat pujian ramai. Kapten Indonesia ini berjaya menggalas tugas dengan baik mengekang daripada Indonesia dibolosi dengan jaringan besar.

Advertisements

Anak buah kendalian Shin Tae-yong tewas kepada pasukan nombor satu dunia, Argentina 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno pada 19 Jun lepas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram