‘Au revoir, Bafe’: Al-Hilal Lepaskan Bafetimbi Gomis
Transfer
Kai Pffaffenbach/Reuters
Advertisements

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC, Al-Hilal memutuskan untuk melepaskan bekas penyerang Perancis Bafetimbi Gomis. Ini selepas kelab Arab Saudi bimbingan Leonardo Jardim itu tidak memperbaharui kontrak bekas penyerang Swansea itu.

Gomis menjadi pujaan penyokong Al-Hilal selepas menyertai kelab itu dari Galatasaray pada Ogos 2018. Dalam tempoh tiga tahun setengah bersama kelab, beliau telah menjaringkan 108 gol dalam 150 perlawanan. Ini termasuk sembilan gol dalam Liga Profesional Arab Saudi musim ini. Gomis turut membantu kelab menjulang kejuaraan liga dua kali berturut-turut pada 2020 dan 2021.

Gomis membantu kelab menamatkan kemarau kejuaraan Liga Juara-Juara AFC selama 19 tahun dengan menewaskan kelab Liga J1, Urawa Red Diamonds. Beliau turut muncul penjaring terbanyak kejohanan musim sama dengan 11 gol.

Advertisements

Pencapaian tersebut diulangi pada tahun lepas, kali ini dengan menewaskan wakil Korea Selatan, Pohang Steelers.

Tidak diketahui apa perancangan Gomis selepas ini. Sebelum ini, wujud khabar angin beliau bakal menyertai kelab Qatar Al-Rayyan. Sementara Galatasaray bersedia menerimanya kembali bagi mengetuai cabaran memperbaiki kedudukan Liga Super Turki (Super Lig) dan mara lebih jauh dalam Liga Europa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram