Aksi Piala AFF B-19 menyaksikan Australia meraih kemenangan ke atas skuad muda Malaysia.
Skuad kendalian Juan Torres mahu menebus kehampaan selepas ditundukkan Indonesia pada aksi separuh akhir tempoh hari.
Jentera pertahanan skuad muda negara diuji hebat dalam 20 minit pertama permainan oleh Australia.
Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain sayap lincah, Marcus Younis menewaskan penjaga gol negara, Haziq Aiman.
Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.
Bersambung babak kedua, Malaysia B-19 kekal dengan pendirian untuk membina serangan menerusi hantaran-hantaran pendek.
Peluang terbaik hadir menerusi percubaan pemain gantian, Haykal Danish namun ditolak keluar oleh pertahanan Australia B-19.
Gol sendiri pemain Australia, Jade Najdovski yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri menjadikan kedudukan 1-1.
Tambahan masa 6 minit tidak cukup untuk mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti yang menyaksikan memihak kepada Australia B-19 dengan keputusan 5-3.