UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Australian Open 2024 apabila menundukkan Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir.

Advertisements

Selepas berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Soong Joo Ven di pusingan kedua semalam, bekas juara All England 2021 itu perlu melepasi cabaran pemain perseorangan ke-11 dunia itu.

Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Zii Jia. Ini kerana beliau memiliki rekod lapan kemenangan daripada 11 perlawanan sebelum ini.

Advertisements

Kali terakhir kedua-duanya bertemu ialah pada saingan suku akhir Thomas Cup 2024. Zii Jia yang turun sebagai perseorangan pertama berjaya mengalahkan Nishimoto dengan keputusan 21-13, 21-3.

Set pertama menyaksikan pada awalnya, pemain nombor satu Malaysia itu mendahului pada kedudukan 7-3. Nishimoto kemudiannya berjaya mengejar sebelum menyamakan kedudukan 16-16.

Advertisements

Beberapa kesilapan yang dilakukan Zii Jia memberi ruang kepada bekas juara Spain Masters 2023 itu untuk mengungguli set pertama dengan keputusan 21-16.

Zii Jia kemudiannya bangkit pada set kedua. Bekas juara Arctic Open 2023 itu menunjukkan permainan mantap sebelum menundukkan Nishimoto dengan keputusan 21-12.

Advertisements

Keadaan ini menyebabkan perlawanan diheret ke set penentuan untuk menentukan pemenang. Zii Jia semakin dominan dengan mendahului pada kedudukan 8-5.

Meskipun Nishimoto cuba memberi tentangan kepada pemain berusia 26 tahun itu, jaguh perseorangan negara itu terus unggul di hadapan. Zii Jia mengesahkan tiket ke separuh akhir dengan keputusan 21-12.

Advertisements

Juara Thailand Open 2024 itu bakal berdepan pemain perseorangan ke-37 dunia dari Chinese Taipei, Lee Chia Hao di peringkat separuh akhir.

Chia Hao mara selepas menyingkirkan rakan senegara dan pemain ke-13 dunia, Chou Tien Chen dengan keputusan 22-20, 22-20.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram