Thomas Cup: Malaysia Leburkan Tentangan Sengit Jepun
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Thomas Cup 2024 hari ini selepas mengatasi wakil Asia Timur, Jepun.

Malaysia turun dengan misi layak ke separuh akhir selepas sebelum ini dinafikan India di pentas suku akhir Thomas Cup 2022.

Sementara Jepun pula mahu menjadikan pentas suku akhir sebagai batu loncatan untuk mengulangi pencapaian juara edisi 2014.

Advertisements

Malaysia menurunkan jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia sebagai perseorangan pertama. Sementara Jepun menurunkan Kenta Nishimoto sebagai lawan beliau.

Kedua-dua pemain pernah bersaing dalam aksi separuh akhir Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Zii Jia mudah menundukkan Nishimoto dengan keputusan 21-18, 21-15.

Advertisements

Anak jati Alor Setar, Kedah itu mudah menundukkan pemain ke-11 dunia dengan keputusan 21-13, 21-3.

Jepun kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan 1-1 menerusi beregu lelaki pertama, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Advertisements

Hoki-Kobayashi berdepan cabaran bekas juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Aaron-Wooi Yik memaksa regu keenam dunia itu bekerja keras sebelum tewas dengan keputusan 21-18, 14-21, 19-21.

Perseorangan lelaki kedua negara, Leong Jun Hao kembali menceriakan kem negara dengan mengutip mata kedua perlawanan.

Advertisements

Jun Hao yang berstatus pemain ke-37 dunia perlu menghadapi cabaran pemain perseorangan ke-22 dunia, Koki Watanabe.

Juara Malaysia Masters 2023 mempamerkan permainan mantap sebelum mengejutkan pemain berusia 25 tahun itu dengan keputusan 21-13, 21-10.

Dengan Malaysia mendahului 2-1, tekanan berada pada bahu beregu lelaki kedua Jepun, Taichi Saito-Akira Koga.

Saito-Koga berdepan cabaran regu negara yang menduduki ranking ke-15 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Sze Fei-Izzuddin terpaksa bekerja keras sebelum menang dengan keputusan 16-21, 21-15, 21-12.

Malaysia layak ke separuh akhir dengan meraih kemenangan 3-1 ke atas Jepun sekaligus mengakhiri penantian ke separuh akhir sejak edisi 2016. Selepas ini, Malaysia akan berhadapan China atau India di peringkat separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram