Advertising
“Awak Kritik Jurulatih, Tetapi Kenapa Tak Kritik Pemain Juga?”
UltraSukan
BA Malaysia

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tidak mahu para pemainnya terus hanyut dibuai kata-kata manis peminat sebaliknya mengharapkan kritikan membina.

Rexy yang ditemui di sidang media pada pagi Selasa berkata sampai bila para pemainnya harus dibuai kata manis para peminat dan beliau terbuka untuk segala kritikan ke atas para pemainnya.

”Sehingga sekarang saya masih terbaca komen-komen seperti tidak mengapa, kami sayang awak dan sebagainya tetapi untuk berapa lama? 1 bulan? 2 bulan? 3 bulan? Setahun?”, ujar beliau ketika sidang media.

Ad

Tambahnya lagi, beliau mahukan kritikan yang membina untuk para pemain terus bangkit dan kritikan seperti ini atas dasar sayangkan pemain.

“Awak boleh kritik jurulatih, tetapi kenapa tak kritik pemain juga? Kadangkala kritik pemain kerana kamu sayangkan mereka (pemain)”, tambah jurulatih berusia 55 tahun itu.

Ad
Ad

Bekas pemenang pingat Emas Olimpik 1996 itu juga bimbang dengan mental anak-anak buahnya sekiranya terus dimanjakan komen pujian semata sehingga mampu menjejaskan prestasi mereka.

”Apa yang kamu beritahu mereka setiap hari, itulah yang akan memberikan kesan kepada mereka (pemain).