AWCL: Sabah Tewas Kepada Jaguh Korea, Incheon Red Angles
UltraSukan
Sabah Womens Team

Skuad bola sepak wanita Sabah memulakan kempen di Liga Juara-Juara AFC Wanita (AWCL) musim 2024/25 hari ini.

Pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu berdepan cabaran daripada wakil Korea Selatan, Incheon Red Angels untuk aksi pembukaan.

Babak separuh masa pertama perlawanan menyaksikan Sabah ketinggalan. Incheon Red menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-24 permainan.

Pasukan Incheon dihadiahkan sepakan penalti, namun sepakan itu berjaya ditepis penjaga gol Sabah, Azurin Mazlan malangnya tindakan susulan daripada pemain lawan memastikan jaringan pertama terhasil.

Pada minit ke-31 permainan, gol kedua diraih Incheon Red menerusi tandukan selepas sepakan percuma dimanfaatkan sebaik mungkin penyerang Incheon Red.

Sebelum aksi di babak pertama tamat. Incheon Red menghukum kealpaan barisan pertahanan Sabah dengan jaringan ketiga memastikan Incheon Red mendahului Sabah dengan keputusan 3-0.

Bersambung aksi di babak kedua, permainan pasukan Sabah dilihat lebih tersusun apabila ada gerakan serta percubaan untuk mencari jaringan.

Pasukan Incheon Red pula sentiasa berusaha untuk mencari jaringan tambahan. Barisan serangan wakil dari Korea Selatan ini beberapa kali berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Sabah namun masih tiada gol terhasil di babak kedua permainan.

Keputusan di separuh masa pertama kekal, Sabah tewas kelapa Incheon Red Angels dengan keputusan 3-0 dalam aksi pembukaan peringkat Kumpulan A di Stadium Hakou Culture.