Azam Azmi Digantung 2 Perlawanan
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Hasrat skuad Malaysia menggunakan khidmat bek kanan Terengganu, Azam Azmi Murad untuk perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF menentang Singapura tidak kesampaian. Ini selepas jawatankuasa disiplin AFF memutuskan bek kanan berusia 21 tahun itu perlu menjalani penggantungan dua perlawanan.

Sebelum ini, FAM telah menghantar surat bantahan kepada AFF berkenaan kad merah yang diterima Azam pada perlawanan ketiga Kumpulan B menentang Vietnam. Ini selepas mereka telah meneliti keseluruhan rakaman perlawanan termasuk insiden kad merah Azam.

Ad

Dalam perlawanan tersebut, bek kanan skuad Penyu itu dilayangkan kad merah oleh pengadil Jepun, Ryuji Sato. Ini selepas Azam didakwa mengasari bek kiri Vietnam, Doan Van Hau di luar padang kotak penalti pada babak kedua.

Ad

Sato bukan saja melayangkan kad merah kepada pertahanan muda Terengganu itu tetapi turut memberi sepakan penalti kepada Vietnam. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 3-0 Pahlawan Bintang Emas ke atas Harimau Malaya.

Bagaimanapun, ramai merasakan Van Hau telah memperdayakan pengadil untuk melayangkan kad merah kepada Azam. Ini turut disokong oleh rakaman video yang jelas menunjukkan Azam tidak bersalah.

Ad

Tetapi AFF dalam satu kenyataan memberitahu rayuan FAM telah ditolak dan Azam perlu menjalani penggantungan dua perlawanan. Ini sedikit sebanyak memaksa Kim Pan-gon untuk mengubah strategi perlawanan Harimau Malaya menentang Singapura esok.

Ad

Malaysia bakal berdepan Singapura dalam perlawanan terakhir Kumpulan B bagi menentukan siapa yang layak ke separuh akhir. Harimau Malaya perlu menang ke atas Singa Kallang bagi membolehkan mereka memintas Singapura di tangga kedua kumpulan dan mengiringi Vietnam ke separuh akhir.

Ad