FAM Kaji Insiden Kad Merah Azam Azmi, Akan Hantar Bantahan Ke AFF
Dunia
MUSA
Advertisements

Ramai penyokong negara meluahkan rasa marah terhadap pengadil Jepun, Ryuji Sato semalam. Ini selepas pengadil itu melayangkan kad merah terhadap bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi selepas didakwa mengasari Doan Van Hau. Dan hari ini, FAM mengumumkan sedang meneliti insiden berkenaan sebelum memfailkan bantahan kepada AFF.

Beberapa video menunjukkan Azam tidak sepatutnya dilayangkan kad merah dalam insiden semalam tular di laman media sosial. Ini termasuk video TikTok yang berdurasi 19 saat yang jelas memperlihatkan apa yang berlaku antara dia dengan Van Hau.

https://www.tiktok.com/@cikgu_teh/video/7181852378977684762

Susulan itu, FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman semasa dihubungi portal The Vibes mengesahkan video insiden kad merah Azam sedang dikaji dengan teliti oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM. Setelah itu, barulah satu surat bantahan rasmi akan dihantar kepada AFF.

Advertisements

“Jawatankuasa bakal memuktamadkan laporan mereka secepat mungkin, harapnya besok sebelum kita hantar surat bantahan kepada AFF pada Jumaat ini,” katanya.

Dalam perlawanan ketiga Kumpulan B semalam, Malaysia ditundukkan Vietnam 3-0 di Stadium Nasional My Dinh hasil jaringan Nguyen Tien Linh, penalti kontroversi Que Ngoc Hai dan Nguyen Hoang Duc.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram