Pertembungan antara dua Vietnam dan juga Malaysia bagi aksi ketiga kumpulan B berkesudahan dengan kemenangan milik Vietnam.
Kedua-dua pasukan turun dengan kesebelasan terbaik bagi memburu tiga mata dalam pertemuan penting ini.
Beraksi di laman sendiri, anak didik Park Hang-seo membuka tirai jaringan menerusi penyerang berbisa, Nguyen Tien Linh.
Namun begitu, mereka terpaksa membayar harga yang mahal apabila penyerang utama Vietnam, Nguyen Van Toan dilayangkan kad merah kerana mengasari Dominic Tan.
Bersambung babak kedua, anak buah Kim Pan-gon terus menekan lawan dan berusaha menjaringkan gol namun dihalang oleh kekebalan benteng lawan.
Vietnam berjaya menjaringkan satu lagi gol menerusi sepakan penalti kontorversi yang melibatkan layangan kad merah kepada pertahanan negara, Azam Azmi Murad pada minit ke-64 sebelum gol ketiga hadir menerusi percubaan Nguyen Hoang Duc pada minit ke-83.
Keputusan ini kekal hingga ke wisel penamat sekaligus menyaksikan Vietnam kekal mendahului carta kumpulan setakat ini.