Azam Azmi Muncul Pada Sesi Latihan Pertama Terengganu
Liga Super
Terengganu FC
Advertisements

Pertananan kanan kebangsaan, Azam Azmi Murad muncul pada sesi latihan hari pertama bersama Terengganu.

Terengganu dibawah kendalian Tomislav Steinbruckner memulakan latihan rasmi pasukan setelah berehat panjang.

Sebelum ini khabar angin kuat mengaitkan Azam dengan penghijrahan ke pasukan lain. Namun pemain berusia 21 tahun ini tampak akan terus kekal beraksi bersama pasukan Terengganu dalam saingan musim ini.

Advertisements

Selain Azam, dua bintang baru tempatan iaitu Safawi Rasid & Akhyar Rashid turut melapor diri menjalani latihan bersama pasukan. Sayap sensasi ini dijangka akan menjadi tonik tambahan terbaru buat Skuad Peteh.

Untuk rekod, pada musim lalu Azam merupakan pemain ketiga di Terengganu yang mencatat minit permainan terbanyak bersama pasukan iaitu sebanyak 1842 minit. Beliau berjaya mencatat sebanyak 21 penampilan dan menjadi antara tonggak penting Terengganu di posisi pertahanan dalam saingan Piala AFC 2023.

Musim ini Azam sudah pasti akan terus menjadi tunjang penting buat skuad kendalian Tomislav dan mengukuhkan posisinya di bahagian pertahanan kanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram