Azmeer Yusof Bersikap Realistik Dan Anggap JDT Berkelas Dunia
Dunia
Instagram Official BRM FC
Advertisements

Perlawanan pusingan kedua Piala FA yang menemukan juara Liga Super 8 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim dan pasukan Liga M3, BRM FC pada esok pastinya menjadi perhatian ramai.

BRM FC dilihat sebagai pasukan dari Liga M3 yang sangat berkualiti kerana dibarisi beberapa pemain-pemain berpengalaman seperti Azmeer Yusof, Fitri Omar dan Fakri Saarani.

Kapten pasukan BRM FC, Azmeer Yusof telah memuatnaik satu status menjelang perlawanan bertemu JDT esok.

Advertisements

“Kalah menang bukan ukuran untuk perlawanan ini. Kita kena realisitik dengan pasukan berpengalaman, pemain berpengalaman, bajet pasukan dan fasiliti mereka yang sememangnya berkelas dunia.

“Kami dipilih Allah untuk bermain dengan @officialjohor pun dah menjadi satu sejarah dan satu penghargaan buat pasukan kami yang baru setahun jagung ini.

Walaupun menghormati pasukan JDT, namun Azmeer laung keyakinan pasukan BRM FC akan berikan aksi terbaik esok dan akan ‘menyusahkan’ JDT untuk cipta kemenangan.

Advertisements

“Apa-apa pun kami akan cuba memberi aksi yang terbaik untuk perlawanan esok. Jangan ambil peduli dengan taktikal kami, kerana kami sentiasa akan ‘menyusahkan‘ semua pasukan untuk menang dengan kami.” luah Azmeer di laman instagram miliknya.

Perlawanan JDT menentang BRM FC bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim esok pada pukul 8.15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram