Azmeer Yusof Persoal Tindakan Benjamin Mora Turunkan Pemain Bintang Bertemu BRM
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain pertahanan pasukan BRM FC, Azmeer Yusof mempersoalkan tindakan jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora untuk mempertaruhkan barisan bintang ketika menentang pasukannya dalam saingan Piala FA.

Bekas pertahanan kental pasukan Kedah Darul Aman FC ini dalam satu hantaran di laman rasmi Tiktoknya meluahkan rasa kecewanya apabila jurulatih tersebut kekal mempertaruhkan barisan terbaiknya sungguhpun pasukannya hanya bermain di liga divisyen ketiga (M3).

Azmeer menegaskan, ia kelihatan seperti tidak adil memandangkan pasukannya semenangnya tidak akan dapat menandingi kekuatan pasukannya.

Advertisements

’Bagi saya tidak adil kerana JDT menurunkan pemain import, pemain naturalisasi menentang kami yang tidak cukup pengalaman.’

’Menentang pasukan M3 macam kami yang mempertaruhkan sepenuhnya pemain tempatan sepatutnya dimanfaatkan untuk menguji kemampuan pemain tempatan pasukan JDT,’ -Jelasnya di Tiktok beliau.

Namun begitu, beliau tetap mengambilnya sebagai satu perkara yang positif kerana perlawanan menentang pasukan gergasi Malaysia itu bakal memberi pengajaran yang berguna untuk memperbaiki segala kelemahan pasukan.

Advertisements

Beliau juga menganggap bahawa rakan sepasukan juga telah berusaha sehabis baik dan tidak bermain secara bertahan sepanjang 90 minit perlawanan.

Pemain berusia 33 tahun ini juga percaya bahawa BRM FC dapat melakukan perkara yang lebih baik di Liga M3 musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, pasukannya tewas besar apabila dibelasah dengan jaringan 10-0 di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram