Hasrat beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mempertahankan kejuaraan Badminton Asia Championship (BAC) yang dimenangi pada 2025 lebur.
Ini selepas beregu nombor dua dunia itu tewas kepada beregu bukan pilihan dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Ki Dong-ju di peringkat suku akhir.
Aaron-Wooi Yik yang juga juara bertahan berharap dapat meneruskan cabaran Malaysia dalam BAC. Ini selepas dua lagi wakil negara tewas di peringkat suku akhir.
Hasrat Malaysia melihat Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Pearly Tan-M. Thinaah mara dalam acara beregu campuran dan beregu wanita musnah. Ini selepas kedua-dua beregu tewas kepada lawan masing-masing.
Set pertama menyaksikan pada awalnya, Aaron-Wooi Yik mendahului wakil Korea Selatan itu pada kedudukan 11-7. Min-hyuk-Dong-ju berjaya mengejar sebelum mengikat kedudukan 15-15.
Kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata sebelum wakil Korea Selatan itu menang dengan keputusan 21-19.
Set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik sekali lagi mendahului pada kedudukan 16-14. Malangnya, Min-hyuk-Dong-ju berjaya mengejar dan mengikat kedudukan 16-16.
Kedua-dua beregu terus bersaing mendapatkan mata sebelum Aaron-Wooi Yik menang dengan keputusan 28-26. Hal ini memaksa perlawanan diheret ke set penentuan.
Set ketiga menyaksikan giliran Min-hyuk-Dong-ju pula mendahului pada kedudukan 11-9. Aaron-Wooi Yik cuba mengejar tetapi mereka terpaksa akur sebelum tewas dengan keputusan 21-13.
Min-hyuk-Dong-ju akan menentang wakil Indonesia, Fajar Alfian dan Shohibul Fikri di peringkat separuh akhir.