Baddrol Bakhtiar Beri Pesanan Menusuk Jiwa Kepada Ubi Muda Kedah
Inspirasi
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Baddrol Bakhtiar tetap tidak melupakan dunia bola sepak walaupun sudah menyertai arena politik apabila beliau dilihat memberikan pesanan dan kata-kata motivasi buat pemain bola sepak SMK Khir Johari.

Pesanan menusuk jiwa tersebut adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan para pelajar sekolah berkenaan yang turut merupakan sekolah lama Baddrol Bakhtiar.

“Jangan mempunyai sikap negatif, sentiasa positif, katakan boleh terhadap cabaran dan juga harus ada matlamat untuk masa depan.” merupakan perkongsian Baddrol bersama pelajar SMK Khir Johari.

Advertisements

Malah bekas pemain Sabah dan Kedah itu juga sempat menitipkan teguran agar jangan memperlekehkan kawan-kawan.

Baddrol Bakhtiar juga turut berkongsikan kisah bagaimana beliau dapat menjadi pemain bola sepak profesional pada usia muda. Baddrol berkongsi bahawa beliau pernah bermain di Piala Presiden sebelum menyertai pasukan Kedah sewaktu berumur 17 tahun.

Menurut Baddrol, beliau sudah bercita-cita untuk bermain dengan pasukan Kedah sewaktu berumur 13 tahun.

Advertisements

Baddrol Bakhtiar kini merupakan calon PRN Gurun setelah mengumumkan persaraan dalam sukan bola sepak Malaysia pada bulan Julai yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram