Karier Gemilang Baddrol Bakhtiar Sempurna, Kini Penjaring Terbanyak Kedah Sepanjang Zaman
Dunia
Instagram: @kedahdarulamanfc
Advertisements

Perancang tengah merangkap kapten pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar kini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab tersebut.

Pemain berusia 33 tahun itu menjadi tunjang utama untuk mengetuai jentera tengah pasukan Hijau Kuning apabila membentuk gandingan ampuh bersama rakan sepasukan di atas padang.

Pada perlawanan menentang Penang FC semalam, Baddrol sekali lagi memainkan watak penting apabila berjaya menjaringkan 1 gol dan juga 1 bantuan gol sekaligus melengkapkan malam gemilang di tempat sendiri.

Advertisements

Hal ini sekaligus membantu Kedah untuk pulang dengan 3 mata penuh. Malah, pada musim ini sahaja, pemain yang mesra disapa Bad itu telah berjaya menjaringkan 5 gol dan melakukan 2 bantuan gol.

Ini menjadikan beliau satu-satunya pemain tengah tempatan yang menjaringkan 5 gol pada musim ini.

Sungguhpun rekod jaringan beliau kini terikat dengan seorang lagi pemain tempatan iaitu Hakimi Abdullah yang turut menjaringkan 5 gol, namun hanya Baddrol seorang sahaja pemain tengah yang menjaringkan 5 gol pada musim ini.

Advertisements

Secara keseluruhannya, Baddrol Bakhtiar telah menjaringkan 120 gol buat pasukan Kedah sejak pertama kali beraksi pada tahun 2006.

Gol pertama beliau hadir ketika Kedah menewaskan Perak dengan jaringan 4-3 pada 3 Januari 2007.

Secara terperincinya, Baddrol Bakhtiar telah menjaringkan 66 gol dalam Liga Super, 23 gol dalam saingan Piala Malaysia dan Piala FA dengan 14 gol.

Advertisements

Selain itu, beliau juga telah menjaringkan 13 gol di saingan Liga Perdana dan 4 gol dalam saingan AFC.

Kini, Baddrol menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat pasukan Kedah manakala dua lagenda kedah iaitu Marlon Alex James di tangga kedua dan juga Khyril Muhymeen di tangga ketiga.

Konsistensi dan kehebatan Baddrol dalam menyarung jersi kebanggan Kedah pastinya mekar dalam ingatan para penyokong setia Hijau Kuning. Kesetiaan beliau ketika jatuh bangun karier dan juga pasukan akan dikenang sampai bila-bila.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram