Baddrol Bakhtiar Tubuh Kelab Bola Sepak Sendiri
Inspirasi
KFA Media
Advertisements

Lagenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar telah melebarkan empayarnya apabila menubuhkan kelab bola sepak sendiri.

Beliau yang telah mengumumkan pesaraan pada tahun ini selepas kali terakhir mewakili Sabah FC di Liga Super telah dinamakan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.

Baddol yang juga merupakan bekas kapten Kedah Darul Aman bagaimapun telah melebarkan sayapnay apabila menubuhkan pasukan bola sepak sendiri.

Advertisements

Pasukan yang dikenali sebagai Team Bola BB7 membuka peluang kepada warga Gurun berusia 17 hingga 39 tahun untuk menyertainya.

Satu sesi pemilihan akan diadakan pada 14& 15 Oktober ini di Padang Petronas Gurun.

Ini juga menjadi salah satu inisiatif terbaik oleh Baddrol untuk mendekati golongan anak muda di kawasannya.

Advertisements

Sebelum ini, Baddrol kembali beraksi dalam satu perlawanan yang melibatkan pasukan pilihan Mb menentang Kedah Chinese FA.

Menerusi beberapa perkongsian klip yang memaparkan aksi lincah perancang tengah ini di atas padang sungguhpun sudah lama tidak beraksi.

Sepanjang karier beliau, Baddrol telah membantu Kedah muncul juara Liga Premier 2015, juara piala Malaysia 2016, juara Piala Sumbangsih pada 2017 dan memenangi Piala FA sebanyak 2 kali pada 2017 dan 2019.

Advertisements

Anak jati Kedah ini juga membantu skuad kebangsaan meraih emas 2 kali berturut-turut pada temasya Sukan SEA 2009 dan 2011 selain membantu skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram