Badminton Asia Championship: Lee Zii Jia Berbisa Di Pagi Raya, Tewaskan Priyanshu Rajawat
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Pagi 1 Syawal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mudah menyingkirkan wakil India, Priyanshu Rajawat dalam pusingan pertama Badminton Asia Championship 2024.

Selepas tersingkir di pusingan kedua Swiss Open 2024 baru-baru ini, Zii Jia berharap dapat bangkit dalam Badminton Asia Championship 2024.

Ini kerana jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia itu pernah bergelar juara Badminton Asia Championship untuk edisi 2022.

Advertisements

Set pertama menyaksikan pada awalnya, kedua-dua pemain bersaing mendapatkan mata sehingga terikat pada kedudukan 5-5.

Walau bagaimanapun, Zii Jia memanfaatkan pengalamannya dengan mengungguli baki set pertama dengan meraih kemenangan 21-9.

Set kedua menyaksikan Rajawat berusaha memberi tentangan kepada anak jati Alor Setar, Kedah itu untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Advertisements

Zii Jia langsung tidak tergugat dengan tentangan pemain perseorangan lelaki ke-32 dunia itu. Juara Arctic Open 2023 itu kekal tenang sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-13.

Zii Jia bakal turun menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen dalam aksi pusingan kedua kejohanan yang berlangsung esok.

Jaguh perseorangan ke-15 dunia itu berjaya mara selepas meraih kemenangan percuma ke atas pemain perseorangan China, Weng Hongyang dalam satu lagi aksi pusingan pertama hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram