Badminton Johor Mula Gegar Pentas Antarabangsa
Badminton
BAJ
Advertisements

Persatuan Badminton Negeri Johor (BAJ) sudah mula mengorak langkah dengan menghantar pemain-pemain muda mereka beraksi di luar negara.

Ini berdasarkan satu hantaran di laman media sosial mereka baru-baru ini. BAJ mengucapkan selamat berjaya kepada dua wakil Johor yang bertanding di Korea Junior International Challenge 2023.

Mereka merupakan sebahagian daripada wakil Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang bertanding dalam kejohanan itu.

Advertisements

Koresponden ShuttleHard, Craig Ansibin percaya langkah ini dibuat susulan keputusan Pasukan Petugas Khas Pemain Junior Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini.

Pasukan yang dipengerusikan Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam memutuskan pemain berusia 16 tahun ke atas saja yang akan diserap ke Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Sementara pemain berusia 16 tahun ke bawah pula akan kekal berlatih di negeri masing-masing dan tinggal bersama keluarga mereka.

Advertisements

Langkah ini membantu pemain-pemain muda mendapat pendedahan dan pembangunan berguna bersama jurulatih masing-masing sebelum diserap ke ABM.

“Patutlah Persatuan Badminton Johor dah mula hantar (pemain) junior main kejohanan antarabangsa. Contohnya, (Korea) Junior International Challenge di Korea,” katanya di X.

Ini dilihat satu langkah baik bukan saja buat sukan badminton di negeri Johor tetapi untuk arena badminton tanah air.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram