“Bagaimana Anda Boleh Tidak Jatuh Cinta Kepada Liga Ini? ” – Giancarlo Gallifuoco
Liga Super
IG giange94
Advertisements

Pertahanan tengah Kuala Lumpur City FC (KL City), Giancarlo Gallifuoco baru-baru ini telah menonton perlawanan Liga Super di antara Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Pemain berasal dari Australia itu nyata terkejut dengan aksi menghiburkan kedua-dua pasukan yang mempamerkan corak permainan pantas dan mendebarkan.

Dalam satu ciapan di laman X milik beliau, Giancarlo Gallifuoco berpendapat perlawanan tersebut membuatkan dirinya teruja dan mula jatuh cinta dengan Liga Super Malaysia.

Advertisements

“Permainan di antara Kedah dan Selangor ini sangat mengujakan, kualiti bola sepak yang dipamerkan adalah sangat baik. Bagaimana anda boleh tidak jatuh cinta kepada liga ini?,” coret Giancarlo di laman X beliau.

Pada aksi Kedah dan Selangor tempoh hari, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan namun tuah menjadi milik Selangor apabila jaringan tunggal Ayron Del Valle sudah cukup untuk Gergasi Merah meraih kedudukan naib juara liga seterusnya menempah slot ke pentas Asia musim hadapan.

Nama Giancarlo Gallifuoco sebelum ini disebut-sebut untuk meninggalkan KL City bagi menyertai pasukan gergasi Indonesia, Persib Bandung yang kini dilatih oleh bekas jurulatih KL City, Bojan Hodak.

Advertisements

Namun begitu, pertahanan kental berusia 29 tahun itu menolak tawaran dari Persib dan dijangka akan terus kekal beraksi bersama KL City bagi musim hadapan.

Hasil tinjauan di laman Transfermarkt, kontrak Giancarlo Gallifuoco masih panjang bersama The City Boys dan dijangka akan tamat pada Disember 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram