Bajet Kelantan Darul Naim Cecah RM12 Juta
Liga Super
Kelantan Darul Naim FC
Advertisements

Bajet pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk musim 2024/25 mencecah angka RM12 juta.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh presiden pasukan yang diberi jolokan Kijang Emas itu, Rozi Muhamad kepada portal Harimau Malaya baru-baru ini.

Beliau melihat bajet tersebut sebagai munasabah memandangkan pasukan itu menguruskan lima pasukan bermula musim 2024/25. Ini termasuk pasukan Piala Presiden dan Piala Belia.

Advertisements

Ini kerana bermula musim 2024/25, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mewajibkan semua pasukan Liga Super menghantar wakil bertanding dalam saingan Piala Presiden dan Piala Belia.

Meskipun bajet tersebut kelihatan besar, Rozi memaklumkan pengurusan Kelantan sedia berjimat demi mengukuhkan kedudukan kewangan kelab.

Advertisements

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan langkah tersebut akan dibuat tanpa mengorbankan sedikit pun kualiti pasukan di atas padang.

“Bajet secara keseluruhan sebab kita ada lima pasukan di bawah kelab Kelantan Darul Naim sebagaimana kelab-kelab lain, untuk keseluruhannya RM12 juta.

Advertisements

“Dan kita cuba daripada RM12 juta ini, daripada bajet yang kita cuba buat, kita akan cuba potong bajet. Kita lihat mana yang perlu. Mana yang kita rasa boleh jimatkan, kita jimatkan.

“Ukur baju di badan sendiri. Daripada bajet RM12 juta itu kita cuba kurangkan tetapi tidak menjejaskan kualiti kelab dan pemain,” katanya.

Advertisements

Kelantan merekodkan prestasi memberangsangkan dalam kempen pra-musim 2024/25 apabila merekodkan dua kemenangan, satu kekalahan dan satu keputusan seri.

Skuad Kijang Emas bakal membuka kempen Liga Super dengan menentang Sri Pahang FC pada di Temerloh pada 11 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram