‘Bakal’ Pemilik Baharu Kelantan FC Makin Teruja
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida berada di Stadium Sultan Muhammad IV semalam bagi memberi sokongan kepada pasukan Kelantan FC.

Beliau merupakan sebahagian daripada 2,500 penyokong The Red Warriors (TRW) yang menyokong pasukan menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC.

Walaupun menyifatkan perlawanan yang dihadapi Kelantan FC itu sukar, usahawan kosmetik itu berharap akan ada keajaiban yang menyebelahi TRW.

Advertisements

“Saya datang memberi sokongan kepada Kelantan FC. Hari ini, malam ini, kita tengok ramai penyokong datang sokong pasukan ini. Moga ada keajaiban malam ini,” katanya bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Bagaimanapun, keajaiban yang dicari beliau dan para penyokong TRW tidak muncul apabila tuan rumah dibelasah Harimau Selatan 5-0.

Advertisements

Dato’ Seri Vida merupakan antara individu yang berminat mendapatkan Kelantan FC daripada pemilik pasukan ketika ini, Norizam Tukiman atau Zamsaham.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram