Entiti perniagaan yang dikatakan mahu mengambil alih pasukan Kelantan FC difahamkan memiliki kekayaan luar biasa dengan mempunyai perniagaan lombong emas.
Seperti yang sedia maklum, ketika ini terdapat dua entiti perniagaan yang bersedia untuk mengambil alih The Red Warriors iaitu usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan juga Erfan Gym & Fitness.
Kelantan ketika ini berada dalam fasa kritikal selepas beberapa kes saman dan juga masalah dalaman pasukan yang menjejaskan perjalan musim 2023.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh pengurus Erfan Gym & Fintess dalam satu kenyataan apabila memaklumkan bahawa entiti ini tidak hanya menjalankan satu perniagaan sahaja.
Menurut penjelasan beliau, selain memiliki pusat kecergasan, mereka juga memiliki beberapa perniagaan lain seperti lombong emas dan juga kegiatan mengeksport minuman tenaga.
“Saya percaya bahawa Erfan Gym & Fitness dapat menguruskan Kelantan dengan baik selaku pemilik baharu.”
“Selain memiliki pusat kecergasan dan angkat beban , kami juga memiliki perniagaan lain seperti perlombongan emas dan eksport minuman kecergasan,” jelasnya.
Mereka juga melaungkan keyakinan untuk melakukan sehabis baik sekiranya diberikan peluang untuk menerajui Kelantan.
Erfan Gym & Fitness secara terbuka menyatakan kesediaan untuk menjadi pemilik bersama Kelantan dan bergandingan dengan Norizam Tukiman atau mengambil alih sepenuhnya pasukan.
Masa depan pasukan dijangka akan terjawab tidak lama lagi sekiranya mencapai persetujuan antara dua pihak.