RASMI: Bale Kembali Ke Spurs Selepas 7 Tahun
Dunia
Advertisements

Bagaikan burung pulang ke ganggang, bekas pemain Real Madrid, Gareth Bale akhirnya kembali ke Tottenham Hotspur selepas 7 tahun meninggalkan kelab London berkenaan.

Bale sebelum ini yang tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk meninggalkan Real Madrid akhirnya menandatangani kontrak pinjaman semusim di mana Real Madrid menanggung separuh gajinya di Tottenham Hotspur.

Bale diberikan nombor 9 di Spurs dan kedatangannya ke Liga Perdana Inggeris bakal merancakkan lagi saingan EPL musim ini.

Advertisements

Bale di bawa mengelilingi Stadium Tottenham Hotspur buat kali pertama setelah menandatangani kontrak di London.

Sebelum ini saga ketidaksehaluan Bale dan Zidane bukanlah rahsia dan Zidane dikatakan kurang gemar dengan sikap Bale yang tidak mahu mendalami budaya Real Madrid dan Sepanyol yang sudah menjadi budaya kelab-kelab di La Liga.

Advertisements

Zidane juga pernah berang dengan Bale yang tidak jujur dengan tahap kecerdesannya apabila diberikan peluang bermain namun sumbangan besar Bale di Real Madrid dalam perlawanan-perlawanan penting tidak dapat dinafikan.

Di Real Madrid, Gareth Bale menjaringkan 105 gol dalam 251 penampilan bersama Real Madrid dalam semua pertandingan.

Advertisements

“He don’t need to play every game to give the impact. Real simply don’t deserve Gareth Bale”

Jelas sebahagian penyokong Real Madrid yang kecewan dengan pengurusan Real Madrid.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram