Balotelli Sertai Bekas Kelab Liridon
MakanBola
Genoa CFC
Sponsors

Bekas penyerang Itali, Mario Balotelli bakal mewarnai saingan A-League apabila menyertai kelab Newcastle Jets.

Pengumuman itu dibuat kelab yang berpangkalan di New South Wales itu menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka.

Ad

The Jets turut memaklumkan Balotelli dan pemain tengah skuad wanita Australia, Emily van Egmond bakal diperkenalkan secara formal dalam satu sidang media khas.

Ad

“Newcastle Jets teruja untuk mengumumkan dua perpindahan terbesar dalam sejarah kelab dengan membawa masuk Mario Balotelli dan Emily Van Egmond untuk saingan A-League 2025/26,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Balotelli beraksi untuk kelab Serie A, Genoa. Walau bagaimanapun, beliau memilih meninggalkan kelab itu selepas hanya beraksi sebanyak 56 minit.

Ad

Penyerang berusia 34 tahun itu juga pernah beraksi untuk Inter Milan, Manchester City, Liverpool, FC Sion, OGC Nice, A.C Milan dan A.C Monza.

Ad

Sebelum menyertai Newcastle Jets, Balotelli dilaporkan bakal berkelana ke Korea Selatan. Ini selepas tiga kelab yang tidak dinamakan berminat mendapatkan khidmat beliau.

Ad

Nama Newcastle Jets bukan asing bagi peminat bola sepak Malaysia. Ini kerana bekas tonggak Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Liridon Krasniqi pernah beraksi untuk The Jets.

Balotelli dijangka beraksi di bawah bimbingan jurulatih baharu pada musim hadapan. Ini kerana pengurusan The Jets memilih untuk mengekalkan khidmat jurulatih, Rob Stanton sehingga akhir musim 2024/25.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments