Advertising
BAM Lantik Kenneth Jonassen Kemudi Sektor Perseorangan Malaysia
UltraSukan
BA Malaysia

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan kedatangan Kenneth Jonassen selaku jurulatih baharu perseorangan negara.

Menerusi kenyataan oleh BAM di laman Facebook, badan induk tersebut dengan berbesar hati melantik Kenneth Jonassen untuk membimbing para pemain perseorangan negara.

Ad

“Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu,” umum badan induk tersebut.

Ad

Tambah BAM, pemilihan Jonassen dibuat di atas rekod baik dan cemerlang yang diraih sepanjang karier sebagai pemain dan jurulatih ketika bersama pasukan kebangsaan Denmark.

“Berikutan pencarian yang meluas, BAM telah mendapatkan khidmat Jonassen, seorang tokoh yang sangat dihormati dalam badminton antarabangsa.”

Ad

“Pemain Denmark berusia 50 tahun itu mempunyai rekod prestasi yang terbukti, telah memainkan peranan penting dalam membentuk legasi badminton Denmark selama 13 tahun sebagai jurulatih.”

Ad

“Sebelum ini, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih untuk England. Jonassen, bekas pemain No. 2 Dunia dalam perseorangan lelaki, memenangi gelaran berprestij seperti Terbuka Jerman, Korea, Belanda dan Singapura semasa karier bermainnya.”

Ad

Berbekalkan pengalaman luas yang dimiliki, badan induk itu menagih khidmat Jonassen untuk merangka program terbaik buat pemain perseorangan negara bersama Rexy Mainaky bermula Januari hadapan.

“Sebagai sebahagian daripada peranannya, Jonassen akan bekerjasama rapat dengan Rexy Mainaky untuk merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk program perseorangan Malaysia.”

“Jonassen secara rasmi akan memulakan perkhidmatannya dengan BAM pada 4 Januari 2025 di bawah kontrak empat tahun.”

Jonassen bakal mengambil alih peranan selaku ketua sektor perseorangan sambil dibantu oleh K. Yogendran, Alvin Chew dan Ching Kai Feng.