Advertising
Bapa Harap Anaknya Tinggalkan Liverpool
MakanBola
Liverpool FC

Bapa seorang pemain tengah Liverpool. berharap anaknya itu dapat mempertimbang peluang berpindah sekiranya menerima tawaran dari kelab La Liga.

Akhbar Mundo Deportivo melaporkan bapa Thiago Alcantara, Mazinho menyimpan hasrat melihatnya beraksi untuk kelab Celta Vigo. Ini kerana legenda Brazil itu pernah beraksi untuk Los Celestes dari 1996 hingga 2000.

Ad

Selain Mazinho, adik Thiago, Rafinha juga pernah beraksi sebanyak dua kali bersama Celta dan merekodkan 61 perlawanan.

Ad

Justeru, legenda Brazil itu berharap pemain tengah Sepanyol itu dapat menyertai kelab yang berpangkalan di barat daya negara itu bagi melengkapkan legasi keluarga mereka.

“Saya berharap (beliau dapat menyertai CeIta) tapi buat masa ini, ia agak rumit kerana Thiago mempunyai gaya hidup dan dimensi yang berlainan.

Ad

“Tapi saya berharap Thiago dapat datang ke sini. Kebanyakan memori saya semasa di sini amat bagus. Vigo ialah tempat tinggal kami.

Ad

“Rafinha sudah berpeluang untuk datang ke sini dan bermain selama dua musim. Bagi seisi keluarga, Celta ibarat rumah kami,” katanya.

Ad

Sekiranya Thiago bersedia menuruti hajat bapanya itu, ada dua figura yang amat dikenali penyokong The Reds bakal mengalu-alukan kehadirannya di Celta.

Dua figura yang dimaksudkan ialah pengurus Rafael Benitez dan kapten Iago Aspas. Benitez pernah menguruskan Liverpool dari 2004 hingga 2010 dan membantu mereka menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2005.

Manakala Aspas pula pernah beraksi di Anfield dari 2013 hingga 2015 semasa kelab dibimbing pengurus Celtic, Brendan Rodgers.

Begitupun, dengan hari terakhir tetingkap perpindahan musim panas ialah hari ini, sukar bagi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp untuk melepaskan Thiago. Ini kerana beliau masih melihat pemain berusia 32 tahun itu sebagai sebahagian daripada tonggak utama pasukan.

Selain itu, bekas pemain tengah Bayern Munich itu baru saja dilaporkan pulih daripada kecederaan. Thiago dijangka fokus untuk merebut slot kesebelasan utama daripada tiga bintang baru The Reds, Dominik Szoboszlai, Wataru Endo dan Alexis MacAllister.