Barcelona Intai Khidmat Oscar
Dunia
MakanBola
oscar_emboaba
Advertisements

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona dikhabarkan sedang mengintai khidmat pemain ke-5 termahal di dunia iaitu Oscar Dos Santos.

Kehadiran bekas pemain Chelsea itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Philppe Coutinho yang berhijrah ke Aston Villa secara pinjaman.

Advertisements

Menurut laporan Marca, pemain kelahiran Brazil itu difahamkan sedia untuk menerima pengurangan gaji demi kembali ke Eropah dengan sertai Barcelona.

Penyerang Shanghai Port itu sebelum ini meninggalkan The Blues oleh kerana telah menerima tawaran gaji yang lumayan. Nilao perpindahan Oscar ketika itu adalah sebanyak 60 juta poundsterling.

Advertisements

Barcelona kini mengalami kesulitan jika mahukan Oscar kerana beliau masih dengan kontrak di Shanghai Port sehingga 2024.

Pemain berusia 30 tahun ini berjaya membuat penampilan sebanyak 114 perlawanan serta menjaringkan 34 gol dan 73 bantuan gol bersama pasukan Shanghai Port.

Advertisements

Untuk rekod, Oscar turut membantu Shanghai Port untuk memenangi gelaran Liga Super China pada 2018 dan Piala Super FA China pada musim berikutnya.

Advertisements

News Comments Account