Advertisement
Barisan Bintang BG Pathum Hantar Ulsan Hyundai Amaran Keras
ACL
MakanBola
BG Pathum

Pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United mempamerkan satu persembahan yang mengujakan sebagai tonik ke Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki beraksi di laman sendiri untuk melayan kunjungan Muangthong United.

Barisan pemain terbaik yang diketuai oleh Teerasil Dangda dan Igor Segeev memulak rentak terbaik pada babak pertama dengan mendahului 2-1.

Jaringan menerusi Jakkapan Praisuwan dan Victor Cardozo meletakkan pasukan dalam kedudukan selesa.

BG Pathum menambah tiga lagi gol pada babak kedua untuk meraih kemenangan besar 5-2 ke atas Mungthong United.

Ini juga merupakan kemenangan kedua berturut-turut pasukan selepas menewaskan Uthai Tani dalam satu aksi liga sebelum ini.

Ketika ini, BG Pathum menghuni tangga ke-4 liga dengan 8 mata, dua mata dipisahkan dengan pendahulu, Bangkok United.

Bagi saingan ACL, BG Pathum diundi dalam satu kumpulan bersama Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Aksi pembukaan bakal menyaksikan Ulsan Hyundai bakal melayan kunjungan wakil Thailand ini yang bakal beraksi di Korea pada 19 September 2023.

Video: BG Pathum vs Muangthong United