Giliran Ulsan Hyundai Terima Padah Menjelang ACL
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan K1 League, Ulsan Hyundai pula menerima tamparan hebat sebelum melangkah ke pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Prestasi wakil Korea ketika ini dikritik hebat selepas mengalami kekalahan mengejutkan menentang Gwangju dengan keputusan 2-0.

Kekalahan itu menyaksikan pasukan bimbingan Hong Myung-bo kini berada dalam prestasi yang cukup kritikal selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam 5 aksi terakhri.

Advertisements

Sebelum ini, Ulsan diikat berdepan FC Seoul dan juga Daegu sementara tewas menentang Gangwon dengan keputusan 2-0.

Keadaan ini juga kelihatan sama dengan satu lagi pasukan di Jepun iaitu Kawasaki Frontale yang gagal meraih sebarang kemenangan dalam 5 aksi terakhir liga.

Ulsan Hyundai juga hanya mampu menjaringkan 3 gol dan bolos 6 gol dalam 5 aksi terakhir.

Advertisements

Sungguhpun begitu, mereka kekal berada di tampuk K1 League pada musim ini dengan 61 mata selepas 29 perlawanan.

Undian di ACL menyaksikan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan cabaran Ulsan Hyundai, Kawasaki Frontale dan jaguh Thailand, BG Pathum United.

Aksi pertama JDT berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim pada 19 September manakala Ulsan akan turun menentang BG Pathum di laman sendiri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram