Jalan Berbeza Kawasaki Frontale & JDT Menjelang ACL
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Prestasi pasukan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale kini dalam fasa yang begitu buruk menjelang aksi berdepan pasukan negara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pasukan bimbingan Toru Oniki itu mencetuskan kebimbangan apabila dibelasah teruk oleh pasukan atasan liga, Cerezo Osaka pada aksi ke-26 J1 League dengan keputusan 3-0.

Keadaan ini diburukkan lagi apabila jentera serangan pasukan gagal menemui penyudah yang diharapkan.

Advertisements

Prestasi semasa Kawasaki menyaksikan pasukan tidak merekodkan sebarang kemenangan dalam 5 aksi terakhir liga.

Sebelum ini, mereka diikat oleh Consadole Sapporo sementara tewas tiga aksi berdepan Sanfreece, Vissel Kobe dan Gamba Osaka dengan jaringan yang besar.

Advertisements

Mereka bagaimanapun tetap merekodkan satu kemenangan dalam Emperor Cup pada 30 Ogos berdepan Albirex Niigata menerusi penentuan sepakan penalti.

Kawasaki kini hanya memperoleh satu peluang untuk membaiki moral pasukan apabila berdepan FC Tokyo sebelum terbang ke Johor Bharu.

Advertisements

Keadaan ini berbeza dengan pendahulu Liga Super, JDT yang memiliki rekod cemerlang dalam liga.

Harimau Selatan merekodkan 4 kemenangan dan satu seri dalam 5 aksi terakhir liga.

Advertisements

Bahkan, dalam tempoh tersebut, pasukan kendalian Tano Solari berjaya meledak 20 gol dan hanya dibolosi 4 sahaja.

Rekod ini berbeza dengan Kawasaki Frontale yang hanya menjaringkan 7 gol sementara bolos 13 gol.

Kedua-dua pasukan akan bertemu di Stadium Sultan Ibrahim pada 19 September 2023 pada jam 9 malam bagi aksi pembukaan Kumpulan l Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram