BATC 2024: Laluan Mudah Menanti Malaysia
UltraSukan
MSN Selangor
Advertisements

Skuad badminton lelaki Malaysia dijangka tiada masalah untuk melepasi peringkat kumpulan Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024.

Skuad lelaki negara yang turun selaku juara bertahan edisi 2022 yang lalu diundi berada di kumpulan B bersama-sama Chinese Taipei, Kazakhstan, Brunei.

Di atas kertas, skuad lelaki negara yang diketuai Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan pertama negara dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan dengan Chinese Taipei dilihat pencabar terdekat.

Advertisements

Kumpulan A menyaksikan juara Piala Thomas 2022, India berada di dalam kumpulan maut kerana bakal membuat perhitungan bersama kuasa besar Badminton, China dan Hong Kong.

Kumpulan C pula menampilkan persaingan tiga negara Asia Tenggara iaitu Thailand, Singapura dan Myanmar bersama-sama Jepun yang merupakan pasukan pilihan edisi kali ini.

Advertisements

Indonesia yang muncul naib johan dua tahun lalu pula diundi dalam kumpulan D bersama Korea Selatan, UAE dan Arab Saudi.

Bagi kategori wanita pula, laluan skuad negara akan sedikit sukar dengan Thailand menjadi halangan utama di dalam kumpulan Y selain Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Advertisements

Kumpulan W pula menyaksikan China dan India akan berentap untuk menentukan juara kumpulan.

Juara bertahan bagi kategori wanita, Indonesia pula diundi bersama Hong Kong dan Kazakhstan di dalam kumpulan X.

Advertisements

Manakala, di dalam kumpulan Z, Jepun dan Chinese Taipei diundi bersama di dalam kumpulan Z, di tambah pula kehadiran Singapura yang sedia melakukan kejutan.

BATC 2024 bakal membuka tirai pada 13 Februari 2024 bertempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram